Bazaar Raya NADI 2026

14 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Mac 2026, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan program Bazaar Raya NADI yang bermula dari pukul 8:00 pagi sehingga 3:00 petang. Program tersebut dijalankan di Dewan JKKK Rumah Franky, NADI Rantau Panjang.

Program Bazaar Raya NADI telah disertai sebanyak 8 orang usahawan bejualan di NADI. Antara usahawan NADI tersebut ialah Cik Daisy Jupa dengan Kraftangan, Puan Falvia dengan barang kecantikan, Puan Norlizan dengan Jualan Biskut Raya, Puan NAsharina  jualan air balang, Puan Jashima dengan jualan Ayam Goreng serta Dua Usahawan Cilik NADI Rantau Panjang iaitu Adik Adriean dan Adik Donita turut meriahkan program ini. Program ini juga telah menjemput KPDNKK untuk membuat Jualan Rahmah  Terdapat 49 pengujung telah datang turut meriahkan program Bazaar Raya NADI. Para usahawan dan usahawan cilik juga turut menyertai webinar keusahawanan yang disediakan oleh NADI Nurture pada hari tersebut.

Program ini sambut baik oleh komuniti. Semoga program seperti ini sentiasa ada setiap tahun bagi memberi komuniti lebih rapat lagi mengenali NADI di kawasan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali